Tarikh     :26 OGOS 2016
Hari         :Jumaat
Masa       :9.00 Pagi – 11.00 Pagi
Tempat   :Transit TTAUiTM

 Kanak-kanak 4 tahun telah mengadakan aktiviti membuat pizza.

  1. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa daripada kanak-kanak 4 tahun dan aktiviti membuat pizza dijalankan.
  2. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah:
  • Memberikan pengetahuan dan pengalaman berharga kepada kanak-kanak tentang bagaimana cara untuk menghasilkan pizza buatan tangan.
  • Kanak-kanak juga di dedahkan tentang pentingnya menjaga kebersihan tangan dalam membuat pizza.
  • Kanak-kanak dapat mengaplikasi kemahiran mendengar dan menyentuh seperti membuat pizza.
  • Membentuk tingkah laku dan sikap kanak-kanak untuk lebih berdaya saing.
Memperkembangkan kemahiran Bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi apabila kanak-kanak berkumpul beramai-ramai berserta dengan guru.                                       

Laporan | Syazwani binti Asmuni, Qurraisha Ain Binti Hafani, Nor Hamizah Binti Saari, Aznida Binti Ahmad (Penyelia)

 
 
 

Tarikh

 : 20 Jun 2016

Hari

 : Isnin

Masa

 : 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat

 : Di dalam kelas

  1.  Taska Impian Cemerlang telah mengadakan hari terbuka seperti butiran di atas.
  2.  Seramai 45 orang daripada 83 orang ibu bapa / penjaga kanak-kanak taska telah hadir.
  3.  Tujuan hari terbuka ini diadakan adalah untuk :
  • Membincangkan tahap perkembangan kanak-kanak di taska.
  • Berkongsi pendapat dan pandangan bagi penambahbaikan perkhidmatan di taska.
  • Ibu bapa/ penjaga dapat mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak mengikut umur masing-masing.
  • Guru-guru dapat mengenali kanak-kanak lebih dekat dengan adanya perbincangan seperti ini.
  1. Ibu bapa/penjaga telah memberi komen positif tentang perkembangan anak-anak mereka selepas masuk ke Taska Impian Cemerlang UiTM dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua cikgu kerana menjaga anak mereka,  Sekian terima kasih.

Laporan | Aznida binti Ahmad (Penyelia)