Tarikh
|
: 20 Jun 2016
|
Hari
|
: Isnin
|
Masa
|
: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
|
Tempat
|
: Di dalam kelas
|
- Taska Impian Cemerlang telah mengadakan hari terbuka seperti butiran di atas.
- Seramai 45 orang daripada 83 orang ibu bapa / penjaga kanak-kanak taska telah hadir.
- Tujuan hari terbuka ini diadakan adalah untuk :
- Membincangkan tahap perkembangan kanak-kanak di taska.
- Berkongsi pendapat dan pandangan bagi penambahbaikan perkhidmatan di taska.
- Ibu bapa/ penjaga dapat mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak mengikut umur masing-masing.
- Guru-guru dapat mengenali kanak-kanak lebih dekat dengan adanya perbincangan seperti ini.
- Ibu bapa/penjaga telah memberi komen positif tentang perkembangan anak-anak mereka selepas masuk ke Taska Impian Cemerlang UiTM dan berterima kasih kepada semua cikgu kerana menjaga anak mereka.
Laporan oleh : Aznida binti Ahmad (Penyelia)
|