01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
01/10 
start stop bwd fwd

Tarikh                  : 15 Oktober 2014
Masa                   : 10.00 pagi - 2.00 petang
Tempat               : Farm In The City, Seri Kembangan
Penglibatan        : 5 & 6 Tahun

Tadika Mutiara Bistari telah mengadakan lawatan sambil berlajar ke Farm In The City, Seri Kembangan  pada tarikh dan waktu seperti di atas. Lawatan sambil belajar ini adalah bertujuan memberi pengalaman sebenar kepada kanak-kanak untuk mengenal haiwan dengan lebih dekat. Selain daripada itu kanak-kanak dapat meningkatkan lagi pengetahuan tentang haiwan serta alam kehidupan haiwan.

Di awal lawatan kanak- kanak dan guru diberi seba sedikit penerangan tentang haiwan yang terdapat di Farm In The City. Setelah itu kanak- kanak dan guru dibawa melawat persekitaran Farm In The City. Kanak- kanak dihiburkan dengan persembahan burung kakak tua, Kanak –kanak juga berpeluang memberi makan  kepada haiwan dan menangkap ikan.

Setelah selesai lawatan kanak-kanak dan guru diberi sijil penghargaan dan tiket percuma. Sebelum pulang kanak- kanak dan guru singgah sebentar di Taman Tasik Shah Alam  untuk makan tengahari.

Secara keseluruhan objektif program dan lawatan Berjaya dicapai dengan jayanya.

Laporan oleh: Cik NORAMIRA ABIDIN  (Guru Besar)