Lawatan ini diadakan pada 21 Mac 2013 bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak 5 dan 6 tahun membaca seawal usia. Lawatan ini juga akan dijadikan program tahunan tadika kepada kanak-kanak 5 dan 6 tahun untuk pendedahan awal kepada mereka. 73 orang kanak-kanak 5 dan 6 tahun serta 7 orang guru pengiring.
Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah memberi peluang kepada kanak-kanak menonton skrin 3D secara percuma. Kanak-kanak juga dibenarkan membaca , melihat gambar-gambar dan mengunakan peralatan yang terdapat di perpustakaan tersebut.