Tarikh     :26 OGOS 2016
Hari         :Jumaat
Masa       :9.00 Pagi – 11.00 Pagi
Tempat   :Transit TTAUiTM

 Kanak-kanak 4 tahun telah mengadakan aktiviti membuat pizza.

  1. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa daripada kanak-kanak 4 tahun dan aktiviti membuat pizza dijalankan.
  2. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah:
  • Memberikan pengetahuan dan pengalaman berharga kepada kanak-kanak tentang bagaimana cara untuk menghasilkan pizza buatan tangan.
  • Kanak-kanak juga di dedahkan tentang pentingnya menjaga kebersihan tangan dalam membuat pizza.
  • Kanak-kanak dapat mengaplikasi kemahiran mendengar dan menyentuh seperti membuat pizza.
  • Membentuk tingkah laku dan sikap kanak-kanak untuk lebih berdaya saing.
Memperkembangkan kemahiran Bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi apabila kanak-kanak berkumpul beramai-ramai berserta dengan guru.                                       

Laporan | Syazwani binti Asmuni, Qurraisha Ain Binti Hafani, Nor Hamizah Binti Saari, Aznida Binti Ahmad (Penyelia)