Tarikh : 24 Mac 2016
Masa : 3.30 petang
Tempat : Ruang Legar TTAUiTM

Taska Impian Cemerlang UiTM  telah mengadakan majlis sambutan hari lahir bagi meraikan kanak-kanak yang lahir pada bulan Jan, Feb dan Mac 2016. Seramai 17 orang kanak-kanak taska yang menyambut hari lahir pada bulan Jan hingga Mac 2016. Majlis sambutan hari lahir ini telah di ketuai oleh Puan Norhamizah dan dibantu oleh Cik Nor Ezzati dan Cik Sara. Tugas guru dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Puan Norhamizah bahagian makanan, manakala Cik Nor Ezzati Bahagian Hadiah kanak-kanak dan Cik Sara Bahagian peralatan. Acara dimulakan dengan  nyanyian lagu Selamat Hari Lahir oleh semua kanak-kanak TTAUiTM. Kemudian disusuli dengan bacaan doa makan dan  acara memotong kek. Kanak-kanak telah diraikan dengan jamuan makan dan penyampaian hadiah kepada kanak-kanak yang menyambut hari lahir pada bulan Jan,Feb dan Mac 2016. Majlis juga di meriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Lembaga Pengurusan (Pn Ezrin dan Pn Zaharah) dan ibu bapa / penjaga kanak-kanak. Sumbangan berbentuk makanan juga telah  diterima daripada ibu bapa / penjaga.

GURU BERTUGAS :

  • CIKGU HAMIZAH (KETUA)
  • CIKGU ZETY
  • CIKGU SARA

Laporan oleh | Norhamizah binti Ibrahim