Tarikh : 26 MEI 2016
Masa : 3.30 Petang
Tempat : Ruang Legar TTAUiTM

Taska Impian Cemerlang UiTM  telah mengadakan majlis sambutan hari lahir bagi meraikan kanak-kanak yang lahir pada bulan April, Mei, dan Jun 2016. Seramai 20 orang kanak-kanak taska yang menyambut hari lahir pada bulan April hingga Jun. Majlis sambutan hari lahir ini telah di ketuai oleh Cik Nor Asyikin Binti Jusoh dan dibantu oleh Puan Norsuhara Mohd Sahat dan Puan Syazwani Asmuni. Tugas guru dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Cikgu Syikin bahagian makanan, manakala Cikgu Suhara Bahagian Hadiah kanak-kanak dan Cikgu Wani Bahagian peralatan. Acara dimulakan dengan  nyanyian lagu Selamat Hari Lahir oleh semua kanak-kanak taska. Kemudian disusuli dengan bacaan doa makan dan acara memotong kek. Kanak-kanak telah diraikan dengan jamuan makan dan penyampaian hadiah kepada kanak-kanak yang menyambut hari lahir pada bulan April, Mei, dan Jun 2016. Majlis juga di meriahkan lagi dengan kehadiran ibu bapa / penjaga kanak-kanak. Sumbangan berbentuk makanan juga telah  diterima daripada ibu bapa / penjaga.

GURU BERTUGAS :

  • CIKGU SYIKIN ( KETUA )
  • CIKGU WANI
  • CIKGU SUE

Laporan oleh : Aznida binti Ahmad (Penyelia)