Tarikh : 14 November 2015
Masa : 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah hari
Tempat : Dewan Annex UiTM Shah Alam
Penglibatan : Murid 4 - 6 Tahun

TTAUiTM telah mengadakan Sambutan Majlis Konvokesyen ke-20 pada 14 November 2015 di Dewan Annex  UiTM dan dirasmikan oleh penaung TTAUiTM iaitu YBhg. Puan Seri Datin Seri Prof Dr. Hanizah Abd Rahman. Tujuan Majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada kanak-kanak setelah menamatkan alam Pra Sekolah.  

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sekolah disusuli dengan ucapan daripada Ahli Lembaga Pengurusan Tadika  En Kamarul Aini Hassan Basri  dan  Penaung TTAUiTM YBhg. Puan Seri Datin Seri Prof Dr. Hanizah Abd Rahman. Seramai 37 orang murid telah menerima sijil tamat Pra Sekolah dan 5 orang murid menerima sijil penghargaan sebagai ketua kelas.

Selain daripada acara penyampaian sijil, persembahan daripada para murid turut diadakan yang terdiri daripada murid yang berumur 4 hingga 6 tahun. Sebanyak 7 persembahan telah dilakukan oleh para murid. Majlis berakhir sejurus persembahan selesai dan jamuan tengah hari disediakan.

Majlis Konvokesyen ini mencapai matlamatnya kerana berjaya memberikan pengalaman yang menarik dan menggembirakan kepada para murid, keluarga dan pada mereka yang bertugas. Secara tidak langsung pengalaman bermakna ini dapat membantu menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan sosioemosi, menguasai kemahiran asas, keyakinan diri dan membentuk semangat berkerjasama dalam kumpulan serta mencorak personaliti mereka lebih-lebih lagi dengan kehadiran ibu bapa dan keluarga mereka pada hari tersebut.

Laporan | Noramira Bt Abidin (Guru Besar)