Tarikh : 21 Ogos  2015 ( Jumaat )
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Ruang Legar  TTAUITM         
Penglibatan : Kanak-kanak 5 dan 6 Tahun

Tadika Mutiara Bistari telah mengadakan Hari Terbuka pada tarikh dan waktu seperti di atas. Perjumpaan diadakan bagi tujuan perbincangan dan bertukar-tukar pendapat dengan ibubapa/penjaga.

Kelas yang terlibat adalah 6 Taqwa ( Puan Rusmawati Sidek ), Kelas 6 Rajin ( Cik Intan Nur Syafinaz Nazari ), Kelas 5 Mulia ( Puan Siti Hajar Abd Rahman ), Kelas 5 Usaha ( Cik Fazurina Akma Mohd Noor ), Kelas 5 Ikhlas ( Puan Diyana Elmin ). Kanak- kanak 5 & 6 Tahun seramai 78 Orang. Kehadiran ibubapa/penjaga adalah seramai 66 orang dan yang tidak hadir hanya 12 orang. Secara keseluruhan seramai 82.05 peratus yang hadir bagi tujuan perbincangan dan bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru.

Guru-guru turut menerangkan kepada ibu-bapa  skop pembelajaran yang digunakan di tadika mutiara bistari dan kaedah pentafsiran atas arahan jabatan pendidikan Malaysia. Perbincangan antara guru dan ibubapa/penjaga berjalan dengan lancar dan memuaskan. Hasil dari edaran borang cadangan dan komen daripada ibubapa/penjaga mendapat banyak pujian dan ucapan terima kasih dari ibubapa/penjaga dari segi cara mengajar dan pencapaian kanak-kanak.

Laporan | Noramira Bt Abidin (Guru Besar)