Tarikh : 20 Ogos  2015 ( Khamis )
Masa : 10.00 pagi –12.00 tengahari
Tempat : Balai Bomba Shah Alam
Penglibatan :  6 Tahun

Tadika Mutiara Bistari telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Shah Alam  pada tarikh dan waktu seperti di atas. Seramai 37 orang kanak-kanak 6 Tahun dan 3 orang guru pengiring yang menyertai lawatan ini. Lawatan ini adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang skop pekerjaan ahli Bomba.

Di awal lawatan Encik Saiful Bahari Pegawai Bomba memberi taklimat kepada guru dan kanak-kanak mengenai bidang tugas dan peralatan bomba. Setelah itu kanak- kanak dibahagi 2 kumpulan dan mereka bergerak mengikut kumpulan masing- masing. Satu kumpulan diwakili oleh Encik Kasyidi dan satu lagi Encik Saiful Bahari.

Kanak- kanak dibawa melawat sekitar Balai Bomba, Pegawai Bomba telah menunjukkan kepada kanak- kanak bagaimana untuk keluar dari rumah sekiranya berlaku kebakaran dan cara memadamkan api dibadan iaitu dengan mengulingkan badan ke kiri dan ke kanan. Selain itu juga kanak- kanak melihat segala peralatan yang digunakan oleh anggota Bomba ketika Mereka  menyelamatkan orang. Kanak- kanak juga diberi peluang untuk menaiki kereta bomba.

Selesai Lawatan kanak- kanak bersoal jawab dengan Pegawai Bomba dan sesi pengambaran. Kanak- kanak merasa sangat teruja dan mereka pulang dengan perasaan sungguh gembira. Secara keseluruhan objektif program dan lawatan Berjaya dicapai dengan jayanya.

Laporan | Noramira Bt Abidin (Guru Besar)