Tarikh : 21 Mei 2015 ( khamis )
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Ruang Legar  TTAUITM
Penglibatan : Kanak-kanak 3, 4,5 dan 6 Tahun

Dua ( 2 ) orang wakil daripada Lifeboy telah menjalankan Kempen Menjaga Kebersihan - Tangan Bersih di TTAUiTM pada waktu dan tarikh seperti diatas. Kanak- kanak yang terlibat adalah daripada 3,4,5 dan 6 Tahun. Kempen Menjaga Kebersihan Tangan bertujuan mendidik kanak- kanak mengamalkan aktiviti menjaga kebersihan selain itu juga kempen ini  boleh  memupuk amalan sihat dari awal pendidikan dan penyedaran tentang kebersihan bermula dari prasekolah. Kanak- kanak diberi penerangan tentang cara membasuh tangan dengan betul. Mencuci tangan adalah cara paling terbaik untuk mencegah penyakit seperti penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dengan mencuci tangan melalui cara yang betul kuman atau virus tidak akan merebak. Bagi mendidik kanak-kanak mencuci tangan dengan betul, Pihak lifebuoy telah  memberi sebuah buku kepada setiap kanak- kanak  untuk merekodkan tabiat membasuh tangan yang akan dimulakan dengan rejim 21/5 yang bermaksud lima waktu berlainan setiap hari selama 21 hari. Jika sebelum ini kanak- kanak  hanya melihat iklan-iklan di televisyen sahaja kali ini mereka berpeluang merasai sendiri pengalaman mencuci tangan dengan cara yang betul. Secara keseluruhan kempen ini berjaya menarik minat kanak- kanak. 

Laporan | Noramira Bt Abidin (Guru Besar)