Tarikh                  : 27 May 2015
Masa                   : 3.30 petang
Tempat               : Ruang Legar TTAUiTM

Taska Impian Cemerlang UiTM  telah mengadakan majlis sambutan hari lahir bagi meraikan kanak-kanak yang lahir pada bulan April hingga Jun 2015. Seramai 22 orang kanak-kanak taska yang menyambut hari lahir pada bulan April hingga Jun. Majlis sambutan hari lahir ini telah di ketuai oleh Cikgu Nurulhuda Binti Mohd Salleh. Acara dimulakan dengan  nyanyian lagu Selamat Hari Lahir oleh semua kanak-kanak taska. Kemudian disusuli dengan bacaan doa makan dan acara memotong kek. Kanak-kanak telah diraikan dengan jamuan makan dan penyampaian hadiah kepada kanak-kanak yang menyambut hari lahir pada bulan April,May dan Jun 2015. Majlis juga di meriahkan lagi dengan kehadiran ibu bapa / penjaga kanak-kanak. Sumbangan berbentuk makanan juga telah diterima daripada ibu bapa / penjaga.

Laporan oleh: CIK AZNIDA AHMAD (Penyelia)