01
02
03
04
05
06
1/6 
start stop bwd fwd

Tarikh                  : 12 Mac 2015
Masa                   : 10.00 pagi –12.00 tengahari
Tempat               : Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Penglibatan         : 5 & 6 Tahun

Tadika Mutiara Bistari telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor pada tarikh dan waktu seperti di atas. Lawatan ini adalah salah satu daripada  aktiviti tahunan tadika. Lawatan ini adalah bertujuan menggalakan kanak- kanak membaca seawal usia dan  memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.

Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah menyediakan beberapa aktiviti kepada kanak- kanak 5 & 6 tahun diantaranya menonton 2D di dalam bilik tayangan, aktiviti nyanyian serta menari dan aktiviti bercerita.  

Selesai aktiviti kanak- kanak dibenar untuk meneroka perpustakaan di bahagian kanak- kanak. Kanak- kanak dilihat sangat seronok dapat membaca dan melihat buku- buku yang tersedia di situ. Secara keseluruhan objektif program dan lawatan berjaya dicapai dengan jayanya.

Laporan oleh: Cik NORAMIRA ABIDIN  (Guru Besar)