01
02
03
04
05
06
07
1/7 
start stop bwd fwd

Tarikh              : 12 Februari 2015
Masa                : 9.00 Pagi – 11.00 Pagi
Tempat            : Ruang legar TTAUITM
Penglibatan     : Kanak-kanak 3, 4, 5 dan 6 Tahun

TTAUiTM telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak Kanak- kanak  dengan menjadikan Rasulullah sebagai ikutan dan contoh terbaik dalam mengharungi perjalanan hidup ini.

Kanak- kanak diminta membawa dua (2) batang telur berserta telur bagi menghiasi Bunga Pahar. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dan acara perarakan. Perarakan tersebut melibatkan kanak-kanak 3,4,5,6 tahun di iringi guru- guru dan ibu bapa yang hadir.

Sambutan Maulidur Rasul dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada kanak- kanak 6 tahun. Selain daripada itu pertandingan mewarna diadakan di dalam kelas masing- masing. Sambutan berakhir sejurus persembahan selesai dan jamuan disediakan.

Secara keseluruhan objektif Sambutan Maulidur Rasul telah mencapai matlamatnya. Kanak-kanak dapat menyemai rasa kasih sayang dan cinta kepada Nabi Muhammad SAW. Guru- guru yang terlibat memberi kerjasama yang sangat baik dan program yang diatur berjalan seperti yang dirancang. Kehadiran ibu-bapa sangat menggalakkan dan memeriahkan lagi program ini. 

Laporan oleh: Cik NORAMIRA ABIDIN  (Guru Besar)