01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
01/20 
start stop bwd fwd

Tarikh           :   18 – 19 Oktober 2014
Tempat         :   Felda Residence Trolak, Sungkai Perak
Penglibatan  :  ALP & STAF TTAUiTM bersama keluarga masing-masing

Ahli Lembaga Pengurusan TTAUiTM telah menganjurkan Hari Keluarga bertempat di Felda Residence Trolak, Sungkai Perak. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim di antara staf dan keluarga selain merupakan salah satu imbuhan kepada staf sempena meraikan Hari Pekerja pada 1 Mei setiap tahun.

Program ini telah diadakan selama 2 hari. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program dengan begitu lancar dan mendapat kerjasama positif dari semua pihak yang terlibat. Seramai 45 orang yang terlibat dalam aktiviti ini yang terdiri daripada 7 orang ALP TTAUiTM, 24 orang staf TTAUiTM dan 14 orang kanak-kanak dalam  umur 3 tahun hingga 12 tahun.

Para peserta dan penganjur telah tiba di destinasi pada jam 11.30 pagi di bawah penyeliaan Puan Qhairul Natrah Baharudin. Setelah itu makan tengahari disediakan dan peserta diberi masa untuk melakukan aktiviti bebas hingga jam 4.30 petang untuk menjalankan acara sukaneka di dalam dewan hingga makan malam disediakan pada jam 8 malam.

Keesokan harinya, Sebelum pulang ke TTAUiTM, ALP & Staf singgah ke Felda Hot Spring untuk mandi manda dan makan tengah hari.

Secara keseluruhan objektif program Berjaya dicapai dengan jayanya.

Laporan oleh: Cik NORAMIRA ABIDIN  (Guru Besar)