01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
01/20 
start stop bwd fwd

Tarikh : 26 Jun 2014
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Bayi - 4 tahun

Taska Impian Cemerlang telah mengadakan hari terbuka pada hari Khamis, 26hb Jun 2014. Seramai 50 orang  daripada 82 orang ibu bapa / penjaga kanak-kanak taska telah berjaya menghadirkan diri.

Tujuan hari terbuka ini diadakan adalah untuk :

  • Membincangkan tahap perkembangan kanak-kanak di taska.
  • Berkongsi pendapat dan pandangan bagi penambahbaikan perkhidmatan di taska.
  • Ibu bapa/ penjaga dapat mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak berdasarkan umur masing-masing.
  • Guru-guru juga dapat mengenali kanak-kanak lebih dekat dengan adanya perbincangan seperti ini.

Ibu bapa/penjaga mengutarakan pendapat mengenai cat di dalam taska yang lusuh dan comot. Taska nampak tidak ceria dan tidak cantik. Ibu bapa/penjaga memohon agar taska dapat dicatkan semula bagi menaikkan semangat kanak-kanak untuk hadir ke taska.