01
02
03
04
05
1/5 
start stop bwd fwd

Tarikh : 26 Jun 2014
Masa : 3.30 petang
Tempat : Ruang Legar TTAUiTM

Taska Impian Cemerlang UiTM  telah mengadakan majlis sambutan hari lahir bagi meraikan kanak-kanak yang lahir pada bulan April, Mei dan Jun 2014. Seramai 26 orang kanak-kanak taska yang menyambut hari lahir pada bulan April hingga Jun. Majlis sambutan hari lahir ini telah di ketuai oleh Cikgu Noridayah Abdullah. Acara dimulakan dengan  nyanyian selamat hari lahir oleh semua kanak-kanak taska. Kemudian disusuli dengan bacaan doa makan dan acara memotong kek. Kanak-kanak telah diraikan dengan menjamu selera dan penyampaian hadiah kepada kanak-kanak yang menyambut hari lahir pada bulan April, Mei dan Jun 2014. Majlis juga di meriahkan dengan kehadiran ibu bapa / penjaga kanak-kanak. Sumbangan berbentuk makanan juga telah diterima daripada ibu bapa / penjaga.