01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
01/20 
start stop bwd fwd

Tarikh : 2, 3, 8, 9 dan 10 Mac 2014
Tempoh / Hari : 5 Hari
Masa : 7.30 pagi – 5.30 petang
Bil Peserta : 7 orang peserta dan 1 orang fasilitor
Umur kanak-kanak : Bayi hingga 4 tahun (untuk sesi pengajaran /latihan amali)

Persatuan Taska Negeri Selangor telah memohon untuk menggunakan taska Impian Cemerlang UiTM sebagai tempat  latihan praktikum bagi perserta Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak  Permata (KAP).

Objektif latihan praktikum ini diadakan adalah untuk: 

  • Mengaplikasikan teori dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar.
  • Menguasai pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran untuk menjadi pengasuh kanak-kanak yang profesional.
  • Memupuk sikap  positif, membentuk daya kefahaman dan penghayatan niali profesion pengasuhan kanak-kanak.
  • Mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri bagi memperkembangkan potensi diri sebagai pengasuh yang berinisiatif, kreatif, dan inovatif.
  • Menguasai kemahiran dan pendidikan awal kanak-kanak.

Peserta juga telah menghias bilik pusat sumber sebagai kerja berkumpulan. Peserta yang hadir dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang berada di taska. Pada hari terakhir peserta telah di diraikan dengan sedikit jamuan oleh pihak taska.