00
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
01/15 
start stop bwd fwd

Tarikh               :    15 Mei 2014
Masa                :    9.30 pagi – 11.30 tengahari
Tempat             :    Ruang Legar TTAUiTM
Penglibatan      :    ALP dan Staf

Tadika Mutiara Bistari telah  mengadakan Sambutan Hari Gurudengan tema Hari Guru pada tahun ini adalah “Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi“. Acara dimulakan dengan sesi bergambar dan disusuli oleh nyanyian Bacaan Ikrar Guru dan Lagu Guru Malaysia. Ahli Lembaga Pengurusan Pendidikan Taska, Puan Ezrin Mustafa Bakri dan Ahli Lembaga Pengurusan Dewan Makan, Puan Zaharah Abdul Rahman turut hadir meraikan staf dan guru-guru pada hari tersebut.

Acara cabutan hadiah diadakan bagi memeriahkan acara. Selain daripada itu, pihak Pengurusan TTAUiTM juga menyediakan cenderahati bagi setiap staf dan guru sebagai tanda penghargaan yang disampaikan oleh Puan Ezrin Mustafa Bakri dan Puan Zaharah Abdul Rahman dengan diiringi oleh kanak-kanak Taska Impian Cemerlang dan Tadika Mutiara Bistari yang terpilih.

Objektif meraikan Hari Guru : 

  • Meraikan guru-guru TTAUiTM
  • Mengharmonikan Unit-unit di TTAUiTM
  • Mendidikan kanak-kanak menghargai dan menyanjungi jasa guru
  • Salah satu aktiviti tahunan TTAUiTM

Acara diakhiri dengan majlis  jamuan ringan untuk kanak-kanak, staf, guru dan Ahli Lembaga Pengurusan TTAUiTM.