01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
01/21 
start stop bwd fwd

Tarikh               :    3 Mei 2014 ( Sabtu )
Masa                :    7.00 pagi – 2.00 petang
Tempat             :    Padang TTAUiTM
Penglibatan      :    Kanak-kanak 4 tahun , 5 tahun dan 6 tahun

Tadika Mutiara Bistari telah mengadakan Hari Sukan pada tarikh dan waktu seperti di atas. Acara sukan adalah salah satu acara tahunan di dalam Taqwin TTAUiTM. Majlis dirasmikan oleh Penaung TTAUiTM YBhg Puan Sri Datin Sri Prof Dr Hanizah Abdul Hamid. Majlis turut disertai oleh Ybhg Dr Zaiton Mohd Nasir serta Encik Ahmad Deli Mohd Noor daripada Pejabat Pengurusan Fasiliti Zon D.

Majlis diacarakan oleh Encik Syahrudin Hanib atau lebih dikenali sebagai DJ Din. Bacaan Doa oleh Dr Mohd Fadzil Arshad. Dua ( 2 ) orang pelajar daripada Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi membuat persembahan senamrobik bagi acara pemanas badan sebelum Majlis Perasmian oleh YBhg Puan Sri Datin Sri Prof Dr Hanizah Abdul Hamid.

Pertandingan Maskot dan sepanduk Kreatif telah diadakan dan dinilai oleh YBhg Puan Sri Datin Sri Prof Dr Hanizah Abdul Hamid dan Ybhg Dr Zaiton Mohd Nasir. Kumpulan 5 tahun dengan Tema Merak telah berjaya memenangi acara ini dengan jumlah markah sebanyak 199. Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan 6 tahun dengan Tema Serangga dengan jumlah markah sebanyak 189 dan tempat ketiga oleh Kumpulan 4 tahun dengan Tema Anak-anak Permata Negara dengan jumlah markah sebanyak 179. Penyampaian hadiah dilakukan oleh Pengerusi TTAUiTM Encik Norhisham Ya’cob.

Sebanyak sepuluh ( 10 ) acara kanak-kanak dan ibubapa diadakan pada hari tersebut. Seramai 57 daripada 80 orang kanak-kanak 5 dan 6 tahun hadir bagi memeriahkan acara pada hari tersebut. Dua ( 2 ) acara ibubapa dan anak diadakan iaitu “ Anakku Sayang “ dan “ Simpulan kasih " sebagai salah satu acara yang melibatkan ibubapa. Bagi acara “ Anakku Sayang “ tempat pertama dimenangi oleh keluarga Encik Muhammad. Tempat kedua dimenangi oleh keluarga Puan Merlinda dan tempat ketiga dimenangi oleh keluarga Encik Osman. Bagi acara “ Simpulan kasih “ tempat pertama dimenangi oleh keluarga Encik Zaki. Tempat kedua oleh Puan Syarifah dan ketiga oleh Puan Norasyikin.

Para tetamu dibekalkan dengan sarapan pagi berupa nasi lemak sewaktu pendaftaran dan makanan tengahari juga disediakan usai tamat acara sukan. Selain daripada itu, pihak TTAUiTM juga menerima banyak sumbangan daripada ibubapa/penjaga berupa “ pot luck “ pada hari sukan tersebut.