Majlis Konvokesyen ke-19 di adakan pada 26 Oktober 2013 di Dewan Seminar, Pejabat Perhubungan Antarabangsa UiTM (OIA) dan dirasmikan oleh Pengerusi TTAUiTM, Encik Ahmad Padhir Muhammad.

Seramai 28 orang kanak-kanak telah menerima sijil tamat pra sekolah pada majlis tersebut yang di sampaikan oleh Pengerusi TTAUiTM.

Pada majlis kali ini sebanyak 7 persembahan telah dipertontonkan kepada ibubapa oleh kanak-kanak 5 dan 6 tahun.

Sebelum majlis diadakan satu sesi gambar konvokesyen untuk kanak-kanak enam (6) tahun telah diadakan pada 19 Jun 2013.