01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
01/16 
start stop bwd fwd

Acara tahunan ini di adakan pada setiap tahun dan pada tahun 2013 sukan tahunan TTAUiTM di adakan pada 14 Jun 2013 yang melibatkan bayi hingga kanak-kanak berusia 3 tahun dan untuk kanak-kanak 4 hingga 6 tahun, sukan tahunan di adakan pada 15 Jun 2013 jam 8:00 pagi hingga 1:00 petang di Padang TTAUiTM.

Program ini juga dirasmikan oleh Penaung Kehormat TTAUiTM iaitu Y Bhg Datin Prof. Dr Hanizah binti Abduil Hamid dan turut hadir ialah Penasihat TTAUiTM, Dr. Zaiton Mohd Nasir dan Puan Norsiah Daud Ketua Bahagian Perhubungan dan Kebajikan Staf, Pejabat Pendaftar UiTM.

Pelbagai acara sukan diadakan untuk kanak-kanak termasuk senam pagi yang dikendalikan oleh pelajar Fakluti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM dan juga acara perbarisan dan maskod Kreatif.

Sukan tahunan ini juga mendapat sokongan daripada ibubapa sebagai sukarelawan dan sumbangan dalam bentuk kewangan dan makanan selain daripada dan syarikat luar.